There was an error in this gadget

Wednesday, January 6, 2010

Assignment oh Assignment!!
Semalam..aku pergi jumpa Puan Hasrina. Bincang tentang tugasan kumpulan. Huh pening!! Rupa-rupanya, disebabkan satu perkataan sebagai 'key word' tugasan kami, semua ahli kumpulan 'blur', xtahu nak mulakan tugasan. Tapi sekarang kami dah faham. Yahoo!!
Buku oh Buku!!
Selesai memahami tugasan. Aku ke perpustakaan. Semangat! kononnya nak cari bahan-bahan rujukan. Maklumlah baru faham cara nak buat tugasan. Tapi sayang, robot OPAC itu mengatakan, CIRCULATED!! semua buku yang di cari dah dipinjam..macam mana ni???Waaaaa....
Sahabat..Cahaya Mataku!!
Dah tahu buku tak ada, taip nak puaskan hati. Pergi lah ke rak buku, cari, cari, cari, dan terus mencari. Agak tergamam apabila kulihat dua bintang berkelipan, mekar kemerah-merahan di pipi kanannya. Mungkinkah itu cahaya kematangan?atau mungkin cahaya 'kuat berangan'?. Di situlah seorang sahabat muncul. Dia, cahaya mataku. Muncul di sebalik rak-rak buku. Sahabat yang setia menemaniku mencari bahan-bahan rujukan yang tidak mungkin dijumpai. Namun kesetiaannya membantu sekali-sekala menemukan titik nokhtah dalam pencarianku.
Kuliah oh Kuliah!!
Sekarang aku di BE learning. Menunggu dan terus menunggu. Kelas yang sudah dua minggu tidak wujud membuatkan aku tertanya-tanya. Adakah kelas ini wujud? Atau mungkin kelasnya hanya tinggal pada nama?Oh kuliah. Janganlah batal lagi!

Sunday, January 3, 2010

AWAN DAN ANGIN

Kuserahkan angin menerpa,
Kupasrah akan jatuh dimana,
Di Samudra Hindia-kah itu,
Ah… peduli amat,
Terserah…!
Itu lihat angin telah datang,
Membawa awan biru untukku,
Berangkatlah awan,
Awan biru kunjungi kota mewah,
Sebarkan penumpang disana,
Kapankah gerangan akah di jatuhkan??
Angin menerpa awan biru,
Membawa sang awan terbang ke langit megah,
Apa ia ingin mengajakku memetik bintang???

Saturday, January 2, 2010

IPG diutamakan, UPSI ketinggalan
Apakah perasaan anda apabila kenyataan bahawa pelejar ISMP tidak diutamakan sedangkan pelajar IPG diberikan suatu keistimewaan untuk "posting" terlebih dahulu. Agak kecewa apabila hak tidak diberikan kepada mereka yang sepatutnya. Tidak kiralah sama ada pelajar itu lepasan IPG atau universiti, mereka yang layak haruslah diutamakan.
Apakah maksudnya??
Maksud saya, mereka yang cemerlang, berpengetahuan, dan benar-benar layak perlu diterima terlebih dahulu.
Bagaimanakah cara untuk menentukan kelayakan mereka??
Kita tidak perlu mengubah sebarang kaedah pengambilan guru di Malaysia. Bukankah temuduga "posting" ada??kita kekalkan. Maknanya, sama ada pelajar iu pelajar IPG atau universiti, kualiti mereka diukur melalui temuduga tersebut. Jadi, tiadalah istilah siapa yang diutamakan.
Rezeki anugerah Allah...
yakinlah, bukan tidur yang membuatkan anda tidak mengantuk, bukan air yang membuatkan anda hilang dahaga, bukan kaki yang membuatkan anda berjalan, bukan hati yang membuatkan anda jatuh cinta, dan bukan belajar yang membuatkan anda berjaya, juga ingatlah..............bukan isu posting yang menentukan sama ada anda akan memperoleh kerja atau tidak, tetapi semuanya kerana izin Allah Subhanahuataala...
Si comel
shifa kawan baikku


Olahraga (dapat A-) hmm..

Keluargaku Syurgaku




Universiti Pendidikan Sultan Idris



Visi
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sajarah serta menerajui perubahan global.

Misi
Menjana dan menatar ilmu menerajui pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
Moto"Pendidikan Gemilang menuju Wawasan".
Related Posts with Thumbnails